Wednesday, May 21, 2008

Co-curricular Points

For Malaysian students applying for local universities entry, 10% of the consideration comes from the fairly new "co-curricular points" system. And from what I understand, the point allocation system is fairly opaque and many don't really know how it gets awarded. There is even suspicion that the marks are tweaked by the Ministry of Education to give unfair advantage to certain particular groups.

Hence I asked the following question to the Education Minister to clarify the mechanism by which these points get awarded -
(a) cara pengiraan mata aktiviti ko-kurikulum bagi pelajar-pelajar untuk tujuan permohonan universiti awan; dan

(b) siapakah yang menentukan mata aktiviti ini dan apapkah langkah yang diambil Kementerian untuk menjamin proses tersebut adil dan saksama.
The replies were as follows:
(a) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan markah yang diberikan kepada penglibatan murid sekolah dan pelajar Matrikulasi dalam kokurikulum untuk tujan permohonan ke universiti awam meliputi tiga bidang, iaitu Pasukan Badan Beruniform, Persatuan/Kelab dan Sukan/Permainan. Pemberian markah adalah berdasarkan kehadiran (50%), penglibatan (20%), pencapaian (20%) dan jawatan yang disandang (10%).

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, markah bonus pula diberikan bagi penglibatan murid sekolah dalam kegiatan kokurikulum yang dianjurkan oleh pihak luar sekolah. Markah bonus juga diberikan bersarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Jawatan tersebut merangkumi;

i. Jawatan peringkat sekolah seperti Pengawas, Pengawas Perpustakaan, Imam dan sebagainya;

ii. Jawatan peringkat rumah seperti Ketua Rumah, Ketua Bilik/Asrama dan sebagainya; dan

iii. Jawatan peringkat kelas seperty Ketua Kelas dan sebagainya.

(b) Bagi menentukan markah kokurikulum tersebut, KPM juga telah mengeluarkan Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Sekolah Menengah pada tahun 2007. Oleh itu, pemberian markah adalah berasaskan panduan yang telah digariskan dan digunapakai di semua sekolah menengah. Panduan ini telah disediakan oleh Jawatankuasa/Panel yang dianggotai oleh pengawai-pegawai di peringkat sekolah, PPD/PPG, JPN dan KPM.

Bagi pelajar Matrikulasi pula, penentuan markah kokurikulum adalah berdasarkan aktiviti yang diceburi pelajar dengan mengemukakan sijil-sijil yang diiktiraf dan disahkan oleh pengarah Kolej Matrikulasi berkenaan. Proses ini dilaksanakan secara telus oleh Jawatankuasa Penilaian 10% Markah Kokurikulum yang dipengerusikan oleh Pengarah Kolej Matrikulasi yang berkenaan.
Well, there's slightly more clarity here with the answers, but it probably doesn't do much to help us assess if the above process is fair and transparent, as claimed.

So for those who have more information with regards to the above, feel free to update us here. In addition, I'm looking at asking an additional question for the Ministry to provide statistics on the average and median grades received via STPM vs Matriculation, and also by race.

No comments:

Post a Comment